Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

   Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif atau matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbahagi kepada dua iaitu objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, dan menghargai sesuatu yang telah diajar. Objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan. Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan, dan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Isi ringkas rancangan pengajaran adalah berdasarkan sukatan   kebangsaan.    Komponen P&P merupakan elemen-elemen yan...

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.   Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Di samping itu, bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari seg...

BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

   Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Konsep Pemulihan mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya . Melalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Peranan Guru ialah menggu...

BAB 11: PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

   Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Kokurikulum boleh dijalankan di dalam dan juga luar bilik darjah mengikut kesesuaian aktiviti. Matlamat kokurikulum ialah menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan antara perkembangan mental, perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid. Selain itu, mengukuhkan perhubungan dan pergaulan antara sekolah-sekolah, membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. Di samping itu, membina dan meningkatkan disiplin murid, mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.    Strategi pengurusan kokurikulum di sekolah ialah melibatkan semua murid dari pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi memupuk perpaduan,...

BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

   Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Selain itu, budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871). Menurut Bourdieu (1990), budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Definisi Pelbagai Budaya ialah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Teori Sosial Pelbagai Budaya terbahagi kepada tiga iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot II: Ethnic Synthesis...

BAB 9 : PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID

     Falsafah Perkhidmatan Bimbin gan dan Kaunseling menyatakan b ahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh . Semua guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual. Fokus Unit Bimbingan & Kaunseling ialah pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin murid, pengurusan akademik dan kerjaya. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan Laporan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling (LPBK). Antara program yang dilaksanakan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling ialah Amalan Guru Penyayang melalui program mentor dan mentee. Seterusnya, pelaksanaan Program Minda S...

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN

        Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 menyatakan bahawa (Tanggungjawab guru besar atas disiplin) . “Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah” dan bagi maksud itu hendaklah “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”  Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 menyatakan (Kuasa-Kuasa guru besar) iaitu bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.    Peraturan   6 Perwakilan kuasa oleh guru besar menyatakan guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan   hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi m...

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

    Pusat sumber bukan sekadar tempat malah ia juga adalah perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan . Konsep Pusat Sumber ialah Suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa dan p erkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan dan sentiasa dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Objektif Pusat Sumber diwujudkan adalah untuk kecemerlangan pendidikan , p enggunaan kemudahan , p emupukan tabiat belajar , p enghasilan bahan , p erkhidmatan pembelajaran dan k emahiran maklumat.     Fungsi Pusat Sumber ialah mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum , b erkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran , t empat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan , p...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

   Pengurusan bilik darjah berkait dengan cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran , susunan fizikal , dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986). Selain itu, pengurusan bilik darjah juga merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.     Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah untuk mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) Sebagai contoh, teknik penyoal...

BAB 5 : PENGURUSAN MURID

   Guru perlu merujuk Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan ( Pupil’s Cumulative Record Card ) bagi menguruskan kad rekod murid dengan berkesan. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning) manakala Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru). Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Kad rekod murid perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas iaitu disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari. Di samping itu, terdapat beberapa inovasi penyimpanan rekod murid iaitu pada tahun 1978 pelaksanaan Kad 001. Pada tahun 2005 pelaksanaan Sistem Maklumat Murid (SMM), Ms Access, Stand-alone dan offline. Selain itu, pada tahun 2012 pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Online, Sharing dengan ibu bapa dan dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS. Pada tahun 2015 pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Modul Pengurusan Sekolah – EMIS, Modul Pengurusan Murid – ...