BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah berkait dengan cara
yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal,
dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan
penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang
mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman,
1986). Selain itu, pengurusan bilik darjah juga
merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,
galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuannya ialah untuk memudah cara atau
mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.
Bilik darjah merupakan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat
pembelajaran. Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian
ilmu dan pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah untuk mencapai objektif pengajaran
(jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) Sebagai contoh, teknik
penyoalan, penilaian, perancangan, dan lain-lain. Tujuan pengurusan bilik darjah adalah untuk membentuk dan memelihara tingkah laku murid
yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu. Sebagai contoh, memberi
ganjaran, dan memupuk hubungan.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk suasana
pembelajaran yang positif, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru
dengan murid dan murid dengan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan untuk
pembelajaran dengan optimum, meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti
P&P, mengurangkan masalah disiplin, pengurusan rutin yang berkesan dan murid
dapat belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan