BAB 9 : PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID
Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
menyatakan bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi
yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan
berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam
aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Semua guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah
dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual. Fokus Unit Bimbingan & Kaunseling
ialah pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin murid,
pengurusan akademik dan kerjaya. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu
menyediakan Laporan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling (LPBK). Antara program yang dilaksanakan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling ialah Amalan Guru Penyayang melalui
program mentor dan mentee. Seterusnya, pelaksanaan Program Minda Sihat dengan
melakukan Saringan DASS, Saringan Coping Style, dan Saringan masalah murid. Pendidikan
Kerjaya juga diberikan kepada murid melalui ujian-ujian inventori kerjaya. Guru
Bimbingan dan Kaunseling mendukung Dasar Warga Emas Negara (DWEN) melalui
aktiviti kesukarelawanan, dan program warga emas angkat.
Pembangunan dan Perkembangan
Sahsiah Diri Murid bermatlamat untuk memupuk perkembangan personaliti diri
positif seperti sikap penyayang, berbudi bahasa, kepimpinan, kekemasan diri, dan
ketepatan masa. Kaedah yang dilaksanakan ialah kaunseling individu, kaunseling
kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok, konsultasi dan ceramah. Peningkatan
Disiplin Murid bermatlamat untuk memupuk disiplin murid melalui intervensi bagi
mencegah pelanggaran disiplin secara berterusan. Kaedahnya ialah Sistem fail
(SSDM), perkongsian, kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan
individu, bimbingan kelompok, konsultasi dan ceramah. Pengurusan Akademik dan Kerjaya
bermatlamat untuk memberi pendedahan dan bimbingan mengenai peluang pendidikan
dan hala tuju kerjaya. Kaedah yang boleh dilaksanakan adalah melalui bimbingan
individu, bimbingan kelompok, ceramah, forum, seminar dan pertandingan. Psikososial
dan Kesejahteraan Mental bermatlamat untuk membimbing murid agar mampu mengurus
dan mengekalkan kesejahteraan diri dan mental. Kaedah yang digunakan ialah
melalui bimbingan kelompok, bimbingan individu, bengkel atau seminar, perkhemahan,
Pembimbing Rakan Sebaya, taklimat dan inventori.
Ulasan
Catat Ulasan