BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 menyatakan bahawa (Tanggungjawab guru besar
atas disiplin). “Guru Besar adalah
orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah” dan bagi maksud itu hendaklah “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid
di sekolah itu.” Peraturan 5 dalam
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 menyatakan (Kuasa-Kuasa
guru besar) iaitu bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru
besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat.
Peraturan 6 Perwakilan kuasa oleh guru besar menyatakan guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar. Selain itu, terdapat beberapa surat pekeliling ikhtisas yang perlu
dirujuk oleh guru terutamanya dalam pelaksanaan hukuman bagi memberi kesedaran
tentang kepentingan berdisiplin kepada para pelajar. Hukuman yang tidak boleh
dilaksanakan oleh guru ialah hukuman yang berbentuk penyeksaan, berbentuk cacian, liar dan melampau.
Berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.10/2001: masalah
disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru
disiplin ditambah di sekolah-sekolah. Selain itu, semua guru hendaklah
berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid. Sistem E-SSDM v2.0
merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam
kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Di
samping itu, dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem
ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah
kecemerlangan budi pekerti. Tujuan penyimpanan rekod dan data disiplin murid
adalah untuk membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya
selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada, membantu
pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan
dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Seterusnya, memastikan murid-murid
yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan
Kaunseling, menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru
Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
https://drive.google.com/file/d/11Dzkk_g439lSSaKSTZ5siL-3UVJ5tzIu/view
https://drive.google.com/file/d/1u9rJyBZdRbVbw774lUqU7k47wmw6sI06/view
https://drive.google.com/file/d/1u9rJyBZdRbVbw774lUqU7k47wmw6sI06/view
Ulasan
Catat Ulasan