BAB 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan
tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran
sosialnya (Amir 2002). Selain itu, budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat
dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli
masyarakat (Tylor 1871). Menurut Bourdieu (1990), budaya adalah proses sosial
di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan. Definisi Pelbagai
Budaya ialah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah
organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan
dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif
dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Teori Sosial Pelbagai Budaya
terbahagi kepada tiga iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity, Melting Pot
II: Ethnic Synthesis, dan Cultural Pluralism (Mosaic Analogy).
Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi
kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks,
1989). Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri
daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama,
etnik, bahasa, dan budaya. Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan
pendidikan pelbagai budaya. Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau
strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang
ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997). Pendidikan
pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan
pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi,
pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara
budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan
sikap.
Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep,
gerakan, dan proses (Banks 1989). Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya
merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar
di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik
atau kriteria lain. Selain itu, dari aspek gerakan pendidikan pelbagai budaya
didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan
sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain
memiliki peluang yang sama untuk belajar. Seterusnya, dari aspek proses,
pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan
agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
Dimensi Pendidikan Pelbagai Budaya terbahagi kepada lima iaitu
content integration, the knowledge construction process, an equity pedagogy, prejudice
reduction, dan an empowering school Culture and Social Structure. Content
integration ialah mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk
mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran
disiplin ilmu. The knowledge construction process pula membawa pelajar
untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran. An equity
pedagogy dapat menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para
pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik
dari segi ras, budaya ataupun sosial. Prejudice reduction ialah mengenal
pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran
yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis
terhadap budaya kaum lain. An empowering school Culture and Social Structure
melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi
dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan
memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.
Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan
semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa
sekarang. Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum. Pendidikan
pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif. Populasi
pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran
yang terbaik bagi setiap individu pelajar. Pendekatan pelaksanaan
Pendidikan Pelbagai Budaya ialah guru menolong pelajar untuk meningkatkan
pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan
menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang
pelajar. Selain itu, guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar. Komunikasi
secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis
untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran. Pelajar perlu
merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke
dalam bilik darjah. Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel
kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.
Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah. Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan. Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal. Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.
Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah. Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan. Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal. Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat. Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya. Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.
Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru ialah guru
bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya
pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur
budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam
masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan
wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh
dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya. Dalam
konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru
akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya.
Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah
dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. Pengurusan Program Pelbagai
Budaya peringkat Sekolah boleh dilaksanakan melalui aktiviti memupuk perpaduan
dalam pendidikan seperti Kelab Rukun Negara, Kem Perpaduan, Program Silang
Budaya, dan Kelab Bahasa.
https://drive.google.com/file/d/1h6wmL5JG_BlsTER-PlYEVNEfzKZ9jkn5/view
https://drive.google.com/file/d/1TlBP_NmEiAIo6GfVEjhBMjd5zwfVfu53/view
Ulasan
Catat Ulasan