BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang
kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah
dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.
Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan
interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan
pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat
hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman
sekolah. Misalnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender,
mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor
dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk
interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di
sekolah. Di samping itu, bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan
pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan
mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan
sahsiah. Pengetua harus mempunyai
interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak
di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam
masyarakat. Pengetua adalah individu
yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar
sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat
membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan
aktiviti-aktivitinya. Masyarakat
juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam
mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement
and sustainable change’. Kepentingan Perkongsian ialah masyarakat dan
Sekolah adalah saling memerlukan. Sekolah
berperanan sebagai agen perubahan masyarakat. Di samping
itu, masalah
masyarakat merupakan masalah sekolah juga dan budaya adalah hak
masyarakat.
Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan
masyarakat iaitu melalui
penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah,
PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti
gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.7/1999). Seterusnya, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada
anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang
tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru dan bersemangat
serta berasa selesa ketika bertugas. Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan
ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Ulasan
Catat Ulasan