BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memenuhi
masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif atau matlamat, berkesan sepanjang
waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbahagi
kepada dua iaitu objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang
ketara seperti memahami, mengetahui, dan menghargai sesuatu yang telah diajar. Objektif
eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan,
menjelaskan, memberikan contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa
yang telah diajarkan. Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI
Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu
Rancangan Pelajaran Tahunan, dan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan.
Isi ringkas rancangan pengajaran adalah berdasarkan sukatan kebangsaan.
Komponen P&P merupakan elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam
merekabentuk pengajaran ialah objektif pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai,
bahan bantu pengajaran, maklum balas pelajar dan penilaian. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran ialah bahan
yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks, buku rujukan, buku
latihan, lampiran nota, alat audio visual, LCD, computer atau TV, peta atau
gambar rajah, bahan atau alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran.
Proses P&P bermula dengan Pelaksanaan P&P Set Induksi yang merupakan angkah
permulaan dalam proses P&P. Tujuannya adalah untuk menghasilkan aliran
pemikiran dan meransang minat pelajar. Teknik yang digunakan ialah soalan,
kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau
bunyi. Seterusnya, Perkembangan P&P iaitu penyampaian isi pelajaran. Teknik
penyampaian guru dan teknik Menyoal digunakan pada tahap ini. Penggabungjalinan,
penyerapan, pengukuhan dan pengayaan turut dilaksanakan. Pemulihan dan
penilaian dilaksanakan berdasarkan hasil pembelajaran murid.
Program Praktikum bermatlamat untuk
melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam
situasi sebenar. Program Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih
mengaplikasikan ilmu. Program Praktikum
menyediakan peluang bagi guru pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan
pembelajaran
yang telah dipelajari di UPSI. Program
Praktikum UPSI bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk:
- mengamalkan kemahiran dalam merancang
- mempraktik pelbagai pendekatan, kaedah, strategik dan teknik pengajaran dan pembelajaran
- memajukan pembelajaran guru pelatih
- mengalami suasana interaksi dengan anggota-anggota lain
- membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri
- meningkatkan penilaian kendiri
- mengaplikasikan kemahiran merancang dan menjalankan kegiatan ko kurikulum;
- menambahkan pengalaman dan kecekapan.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PULAMI
• Faktor masa (Proses
pelajar mencari sekolah dan ditolak disaat akhir)
• Pelajar tidak memperoleh sekolah
yang dingininya dan berdekatan dengan kampung halaman semasa tempoh Latihan Mengajar.
• Sekolah menolak
penempatan PPG
https://drive.google.com/file/d/1qKfrVnbz1ubqGOJFb6pB5gQbtK8oNpYu/view
https://drive.google.com/file/d/1eRl7ePxnsuBnRHUu4f40CmddnI9c0NyW/view
Ulasan
Catat Ulasan