BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Program-program pendidikan yang menggunakan
kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan
fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Program
pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang
khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang
menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor
persekitaran dan bukan kognitif”. Konsep Pemulihan mengutamakan prinsip
‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Perbezaan
minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih
lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Melalui
program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat
dikenal pasti dan dipenuhi. Peranan Guru ialah menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk
personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
Penggayaan bermaksud memberi aktiviti tambahan
kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid
dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan
dengan unit pembelajaran secara mendatar. Konsep penggayaan ialah melibatkan
murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran
asas, dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti
asas di dalam atau luar kelas dan bercorak
belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
Objektif
penggayaan membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan
mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke
arah perkembangan diri dan bakat mereka. Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti
yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Pengayaan
(menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan
cerdas sahaja. Murid
berkeperluan khas merupakan individu
yang berbeza dari segi sosial atau komuniti yang normal. Perbezaan ini mungkin
disebabkan oleh ciri-ciri fizikal, deria, kognitif atau tingkah laku yang
signifikan. Kebanyakan kanak-kanak ini mungkin memerlukan program pendidikan
yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka "-Garciulo (2003).
Teori kecerdasan pelbagai telah diasaskan oleh
Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut beliau kecerdasan
bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh
faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana
pembelajaran. Beliau telah memperkenalkan
9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Kecerdasan
Logik-Matematik. Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik. Golongan
yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif
dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis. Kemahiran dominan di bahagian otak kiri
memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak. Selain itu, kecerdasan Verbal-Linguistik. Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam
menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Individu
memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu
perkataan serta mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur
bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik
iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
Seterusnya, kecerdasan muzik iaitu golongan
ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi,
mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui
muzik. Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi
seperti binatang, guruh dan angin. Kecerdasan muzikal ini
mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa. Kecerdasan Kinestetik
Badan menjadikan individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan
mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi., mempunyai kebolehan dalam meluahkan
idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka dan mereka juga bijak dalam
mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Golongan yang mempunyai kecerdasan
interpersonal ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan
baik. Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan
hati, hasrat dan tabiat orang lain. Di samping itu, mudah bergaul dalam
kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada. Kecerdasan
Intrapersonal mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai
gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah
kehidupan yang lebih baik, mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat
berdisiplin dan mampu hidup berdikari serta suka bersendirian dalam melakukan
sesuatu perkara.
Individu yang mempunyai Kecerdasan Ruang
Visual ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta
imaginasi yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak
dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka. Mereka
juga mampu berfikir di luar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi
atau penilaian alam sekitar dengan tepat . Seterusnya, Kecerdasan Naturalis mempunyai
kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada
pada alam sekeliling. Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling
dan sangat selesa berada bersama alam terbuka serta sangat sensitif terhadap
isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati
unsur kejadian alam. Kecerdasan Eksistensialis mempunyai persoalan-persoalan
yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan
manusia. Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab
setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini juga cenderung
untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada
nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa
kini.
Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan
pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard
prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau
bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan
kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social
isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman.
Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk
perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil
(10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai,
dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak
dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.
Ulasan
Catat Ulasan