BAB 5 : PENGURUSAN MURID
Guru perlu merujuk Pekeliling ikhtisas KPM
Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card)
bagi menguruskan kad rekod murid dengan berkesan. Kad Rekod Persekolahan Murid
Sekolah Rendah 001R (Warna kuning) manakala Kad Rekod Persekolahan Murid
Sekolah Menengah 001M (Warna biru). Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap
murid sehingga tamat persekolahan. Kad rekod murid perlu dikemas kini dari semasa
ke semasa oleh guru kelas iaitu disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.
Di samping itu, terdapat beberapa inovasi penyimpanan rekod murid iaitu pada
tahun 1978 pelaksanaan Kad 001. Pada tahun 2005 pelaksanaan Sistem Maklumat
Murid (SMM), Ms Access, Stand-alone dan offline. Selain itu, pada tahun 2012
pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Online, Sharing dengan ibu
bapa dan dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS. Pada tahun 2015
pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Modul Pengurusan Sekolah – EMIS, Modul
Pengurusan Murid – APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid dan Modul
Pengurusan Guru – e-operasi. Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan
Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M telah dikeluarkan. Pemansuhan penggunaan
kad 001 bermula 1 Januari 2017. Semua maklumat murid disimpan dalam talian.
Peranan guru kelas adalah untuk mengisi dan
mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga. Guru kelas perlu memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini, menyemak dan
membetulkan ralat. Guru juga perlu melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT). Peranan guru data pula ialah membantu
mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak,
menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan
data atau modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Kepentingan rekod murid
adalah untuk memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana
kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid. Selain itu,
membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu
kawasan. Kepentingan maklumat murid kepada guru ialah mengenal pasti keperluan
murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran. Di
samping itu, untuk mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan khas dan bantuan kewangan. Guru juga dapat
menentukan aktiviti atau pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan
perkembangan, minat dan pencapaian murid.
Kesediaan belajar ialah keadaan diri murid yang
membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Kesediaan
kognitif berkait rapat dengan mental
untuk memahami dan juga berfikir. Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Kesediaan afektif
berkait dengan sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk
menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap
pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
Kesediaan psikomotor merupakan penguasaan kemahiran fizikal termasuklah perkembangan fizikal merangkumi fungsi
anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh
badan. Penguasaan kesediaan psikomotor
adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. Cara
guru meningkatkan motivasi murid dalam P&P ialah memastikan
murid memahami objektif pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran, berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya, pembelajaran
yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid. Selain itu memberikan
masa kepada murid untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi. Guru memberi
peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman kejayaan dan menerima maklum
balas yang tepat dan realistik.
Ulasan
Catat Ulasan