BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
Pusat sumber
bukan sekadar tempat malah ia juga adalah perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan. Konsep Pusat Sumber ialah Suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa dan perkhidmatan yang ditawarkan
membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan dan sentiasa dikemaskini sejajar dengan
perkembangan pendidikan. Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di
bidang pembelajaran. Objektif Pusat Sumber diwujudkan adalah untuk kecemerlangan
pendidikan, penggunaan kemudahan, pemupukan tabiat belajar, penghasilan bahan, perkhidmatan pembelajaran dan kemahiran
maklumat.
Fungsi Pusat Sumber ialah mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan
untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum, berkhidmat sebagai pusat
bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran, tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum
digunakan, pintu masuk maklumat dari
agensi luar. Di samping itu, memudahkan murid untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan
maklumat keperluan kurikulum. Selain itu, menggalakkan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat. Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri, penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan dan menyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin.
Ciri-ciri Pusat Sumber yang berkesan ialah warga sekolah tahu dan kenal
pengurus PSS. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS, perkhidmatan
dan koleksi digunakan dalam proses PdPc. Lokasi PSS di sewajarnya dibina di tengah-tengah
kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi. Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS. Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat
bantu kurikulum. Pusat Sumber mempunyai
koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik .
Komponen pembelajaran berasaskan sumber penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, pelaksanaan latihan penyelesaian masalah dan penggunaan
alat pandang dengar. Dasar pembelajaran berdasarkan sumber ialah pengajaran
melalui kerja projek, pengajaran unit yang
berintegrasi, pendekatan inter disiplin dan pembelajaran individu secara aktif. Ciri-ciri
pembelajaran berasaskan sumber ialah aktiviti pembelajaran memberi penekanan
kepada sumber pendidikan, melibatkan pelajar belajar secara aktif dengan
menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan
saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan. Seterusnya,
memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut
keupayaan. Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar Selain itu,
mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar
sepanjang hayat.
https://drive.google.com/file/d/18yzjvKlDlHZqt7UwJpYwRvJtLy0GatWa/view
https://drive.google.com/file/d/18yzjvKlDlHZqt7UwJpYwRvJtLy0GatWa/view
Ulasan
Catat Ulasan