Catatan

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

    Pusat sumber bukan sekadar tempat malah ia juga adalah perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan . Konsep Pusat Sumber ialah Suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa dan p erkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disediakan lengkap dan dan sentiasa dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Objektif Pusat Sumber diwujudkan adalah untuk kecemerlangan pendidikan , p enggunaan kemudahan , p emupukan tabiat belajar , p enghasilan bahan , p erkhidmatan pembelajaran dan k emahiran maklumat.     Fungsi Pusat Sumber ialah mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum , b erkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran , t empat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan , p...

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

   Pengurusan bilik darjah berkait dengan cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran , susunan fizikal , dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986). Selain itu, pengurusan bilik darjah juga merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.     Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah untuk mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) Sebagai contoh, teknik penyoal...

BAB 5 : PENGURUSAN MURID

   Guru perlu merujuk Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan ( Pupil’s Cumulative Record Card ) bagi menguruskan kad rekod murid dengan berkesan. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning) manakala Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru). Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Kad rekod murid perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas iaitu disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari. Di samping itu, terdapat beberapa inovasi penyimpanan rekod murid iaitu pada tahun 1978 pelaksanaan Kad 001. Pada tahun 2005 pelaksanaan Sistem Maklumat Murid (SMM), Ms Access, Stand-alone dan offline. Selain itu, pada tahun 2012 pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Online, Sharing dengan ibu bapa dan dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS. Pada tahun 2015 pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Modul Pengurusan Sekolah – EMIS, Modul Pengurusan Murid – ...

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

   Pengetua berada di hierarki teratas dalam struktur organisasi di sekolah. Pengetua bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan  pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran, bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. GPK Pentadbiran (GPK 1) menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya, bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Di samping itu GPK 1 berperanan m embantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran serta membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Guru Kanan Mata pelajaran meupakan ketua bidang mata pelajaran, lantikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, melibatkan elaun khas guru kanan dan berperanan untuk: v   Menyelaras aktiviti P&P dengan berkesan. v   Penyelaras panitia bidang mata pelaja...

BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

     Definisi Pengurusan ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlam at yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan juga adalah s atu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Menurut Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan ialah aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti. Di samping itu, pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).    Pengurusan bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Selain itu, usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajara...

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

   Teori-teori Perkembangan Manusia telah dipelopori oleh beberapa orang pakar psikologi iaitu Sigmund Freud (1856 – 1939), Erik Erikson (1902 – 1994) dan Jean Piaget (1896 -1980). Di samping itu,   teori-teori Perkembangan Manusia juga turut dipelopori oleh pakar sosiologi seperti Charles Cooley (1864–1929) dan George Herbert Mead (1863–1931). Tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikiran nya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling. Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Sosialisasi juga merupakan satu proses pembelajaran berterusan . Sosialisasi bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga dan budaya . Perkara yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi.     Selain itu, terdapat beberapa jenis sosialisasi iaitu primer atau permulaan, sekunder a...

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

                Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842) dan berasal daripada perkataan latin iaitu “sosio” yang bermaksud “berkongsi”. Selain itu, istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”. Terdapat beberapa tokoh sosiologi yang terkenal seperti Ibnu Khaldun, Auguste Comte, Karl Marx, Emile Durkheim, Max Weber dan George Herbert Mead. Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial. Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok.                   Definisi Sosiologi ialah kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002). Persp...