BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
Pengetua berada di hierarki teratas dalam struktur organisasi di sekolah. Pengetua bertanggungjawab dalam peningkatan
Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan
dasar Kementerian Pelajaran, bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran
dan kewangan sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan
agensi-agensi luar. GPK Pentadbiran (GPK 1) menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya, bertanggungjawab
kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan
keselamatan. Di samping itu GPK 1 berperanan membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran serta membantu
Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Guru Kanan Mata pelajaran
meupakan ketua bidang mata pelajaran, lantikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri,
melibatkan elaun khas guru kanan dan berperanan untuk:
v Menyelaras aktiviti P&P dengan berkesan.
v Penyelaras panitia bidang mata pelajarannya
v Mentadbir & mengurus kurikulum bidang mata
pelajarannya
v Pengurus stor & inventori bidang mata pelajarannya
v Kemajuan staf akademik & bukan akademik dalam
bidang mata pelajarannya
Kaunselor menolong pelajar untuk memahami dirinya
dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi
di tempat pelajar berada untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan dan peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri pelajar.
https://drive.google.com/file/d/16Dri6yBgxfX-S6nCdivTszc0Jl9rnNJp/view
https://drive.google.com/file/d/1gZ-29tu3W024Jg2uehG77vb4xy6DxaYj/view
Ulasan
Catat Ulasan