BAB 5 : PENGURUSAN MURID
Guru perlu merujuk Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan ( Pupil’s Cumulative Record Card ) bagi menguruskan kad rekod murid dengan berkesan. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning) manakala Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru). Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Kad rekod murid perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas iaitu disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari. Di samping itu, terdapat beberapa inovasi penyimpanan rekod murid iaitu pada tahun 1978 pelaksanaan Kad 001. Pada tahun 2005 pelaksanaan Sistem Maklumat Murid (SMM), Ms Access, Stand-alone dan offline. Selain itu, pada tahun 2012 pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Online, Sharing dengan ibu bapa dan dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS. Pada tahun 2015 pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Modul Pengurusan Sekolah – EMIS, Modul Pengurusan Murid – ...
Ulasan
Catat Ulasan