BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
Teori-teori
Perkembangan Manusia telah dipelopori oleh beberapa orang pakar psikologi iaitu
Sigmund Freud (1856 – 1939), Erik Erikson (1902 – 1994) dan Jean Piaget (1896
-1980). Di samping itu, teori-teori
Perkembangan Manusia juga turut dipelopori oleh pakar sosiologi seperti Charles
Cooley (1864–1929) dan George Herbert Mead (1863–1931). Tingkah laku seorang
individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat
sekeliling. Sosialisasi merupakan proses
mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi
sosial. Sosialisasi juga merupakan satu proses pembelajaran
berterusan. Sosialisasi bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga dan budaya. Perkara yang dipelajari ketika kanak-kanak akan
menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak
hasil dari interaksi.
Selain itu, terdapat beberapa jenis sosialisasi iaitu primer atau
permulaan, sekunder atau penyertaan dan resosialisasi. Sosialisasi primer (permulaan)
ini berlaku dalam keluarga di mana kanak-kanak belajar membina konsep diri,
personaliti, kemahiran motor, penaakulan, dan kemahiran bahasa. Sosialisasi
sekunder atau penyertaan berlaku di luar lingkungan keluarga. Pemindahan nilai
oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa. Sosialisasi
primer dan sekunder merupakan sosialisasi normal. Resosialisasi pula ialah proses
individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai sedia ada. Perkaitan antara
sosialisasi dan pendidikan ialah sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di
Malaysia. Guru dan rakan sebagai agen sosialisasi. Di samping itu, sosialisasi
berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan
guru dan rakan. Interaksi sosial secara umumnya berlaku di sekolah dan dalam
bilik darjah semasa pembelajaran khususnya.
Guru menjadi suri teladan kepada
murid kerana guru merupakan seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas,
mempunyai sifat kepimpinan, mempunyai tingkah laku dan penampilan yang baik. Dinamika
bilik darjah terjadi apabila terdapat pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang
mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama. Kajian sosiometri dijalankan
untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah seperti
untuk mengetahui sama ada terdapat murid yang disukai atau paling berpengaruh, kewujudan
kelompok-kelompok kecil yang rapat dan murid terpinggir dan tidak disukai. Faktor
yang mempengaruhi pembentukan dinamika dalam bilik darjah ialah jantina, bangsa,
agama, status sosioekonomi, pencapaian akademik, personaliti, dan gaya
pembelajaran. Peranan guru dalam dinamika kumpulan ialah mengenal pasti bentuk
dinamika kumpulan dalam bilik darjah, memberi perhatian kepada kumpulan murid
yang terpinggir atau tidak disukai, menggunakan kuasa penularan, bimbing
kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini dan guru sendiri bertindak sebagai
model.
Seterusnya, terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala
dan interaksi kumpulan. Cara membentuk interaksi yang sihat dalam pembelajaran
ialah mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran, penyoalan dalam
pengajaran, mempelbagaikan aktiviti pembelajaran, menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif, menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil, dan memupuk
sikap yang betul terhadap interaksi.
Ulasan
Catat Ulasan