BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Definisi
Pengurusan ialah proses merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan
juga adalah satu proses mendapatkan
kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Menurut
Ahmad Mahdzan (2004) pengurusan ialah aktiviti sistematik bagi mencari jawapan
kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti. Di samping
itu, pengurusan mencakupi
bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan
digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).
Pengurusan
bilik darjah melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran
aktif, dan meningkatkan motivasi kendiri murid (Burden 2003). Selain itu, usaha
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia
juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014). Domain pengurusan bilik
darjah ialah :
- Memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah
- Mengorganisasi persekitaran fizikal
- Menguruskan tingkah laku pelajar
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati
- Mengurus dan melancarkan proses pengajaran
- Menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat
- Berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak lain untuk mencapai objektif pengurusan pembelajaran
Seterusnya,
terdapat beberapa strategi pengurusan pembelajaran iaitu pembelajaran
berpusatkan guru, bahan dan pelajar. Pengurusan Pelbagai Budaya adalah
berdasarkan penerimaan dan layanan adil, pelaksanaan pedagogi dan strategi
pembelajaran, pengurusan hubungan, pemilihan bahan sumber dan pelaksanaan program
Silang Budaya. Pengurusan Pelbagai Upaya pula dilaksanakan melalui Pemulihan, Pengayaan,
Program Pendidikan Khas Integrasi bagi murid berkeperluan khas seperti pintar
cerdas, autisme, dan disleksia, Program Pendidikan Inklusif dan Program
Pendidikan Orang Asli dan Peribumi.
Sekolah
merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di
dunia (Sharpe 1989). Keunikan ini memerlukan pengurus
yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus
organisasi lain. 3. Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar
ditadbir ialah sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan
mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Kumpulan sasaran manusia ialah kanak-kanak dan remaja
yang kompleks dalam tempoh perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial. Matlamat
utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan
pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia. Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.
Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi
membentuk organisasi sekolah yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik,
penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd
Rashid 2001). Namun, sekolah merupakan
institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan mengekalkan amalan
tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge 2000). Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan
pengurus di sekolah-sekolah amat penting
bagi wujudkan sekolah yang berkesan. Pengurusan sekolah termasuklah dari
aspek pengurusan bilik sumber, pengurusan organisasi sekolah dan segala hal
yang berkaitan dengan sekolah. Pihak sekolah juga perlu menjaga hubungan baik
dengan ibu bapa agar kecemerlangan dan perkembangan sahsiah pelajar dapat
dicapai.
Pembelajaran
ialah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak
disebabkan oleh pertumbuhan (Gagne 1970). Menurut Morgan & King (1975), pembelajaran
merupakan sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman
yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Pembelajaran
adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan
tingkah laku yang kekal (Woolfolk 1995). Di samping itu, pembelajaran juga
ialah perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang
berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu (Bigge 1982). Gagne
(1974) menyatakan pembelajaran adalah:
- Perubahan pemikiran
- Perubahan kebolehan
- Perubahan tingkah laku
- Berkaitan dengan minat, sikap dan nilai yang
dipegang dan diamalkan
- Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya
meninggalkan kesan lebih bermakna
Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang
menjelaskan bagaimana suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan di bilik darjah (Shahabuddin et al., 2006). Sehubungan itu terdapat
beberapat prinsip pembelajaran iaitu kesediaan belajar, pengalaman, latihan,
kondusif, bermatlamat, penglibatan aktif, persediaan awal, mengkaji murid, dan
unsur dorongan. Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah sosial dan
persekitaran di mana guru perlu ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin
terhadap sekitar, tidak egosentrik, dan sedia terima pendapat Faktor kesediaan belajar yang lain ialah pengalaman
sedia iaitu murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran
berkaitan dengan pengalaman mereka. Proses pembelajaran dimulakan dengan penanggapan
iaitu membentuk persepsi terhadap rangsangan diterima pancaindera (melihat,
mendengar, menghidu, merasa). Seterusnya, maklumat diproses dan disimpan
sebagai pengalaman dan disimpan di ingatan sekiranya berguna. Pengalaman dalam
bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk diguna bagi
sesuatu tafsiran, menyelesaikan masalah dan untuk mencapai matlamat. Sekiranya
tidak digunakan ia akan hilang dan dilupakan. Sekiranya pengalaman tersebut diproses
selalu, ditokok tambah, dan diperbaharui, ia akan kekal dalam ingatan.
https://drive.google.com/file/d/1-FCoYx9Sp8FaTARNTtsRb68wJqHfYKw3/view
https://drive.google.com/file/d/1a40dgJtgq3__kCwR5Ihvdsw2oB3nVOpV/view
https://drive.google.com/file/d/1a40dgJtgq3__kCwR5Ihvdsw2oB3nVOpV/view
Ulasan
Catat Ulasan