BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif atau matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbahagi kepada dua iaitu objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, dan menghargai sesuatu yang telah diajar. Objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan. Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan, dan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Isi ringkas rancangan pengajaran adalah berdasarkan sukatan kebangsaan. Komponen P&P merupakan elemen-elemen yan...